Pages

Wednesday, March 16, 2011

kuih Pau Berinti Kacang Hitam


Assalamualaikum semua.. N3 kali ni adalah resepi kuih pau mak sy.. mak sy bniaga kuih sejak sy masih kecik hingga la skang ni. Yang paling x bleh lupa.. dgn bniaga pau ni la kitaorg adik beradik dapat menglanjtkan pelajaran..hehehe..(rezeki Allah).. ok, kalau terlebih rajin blehla try resepi ni, dan kalau yg malas tu hehhee (jgn marah) bleh la beli kuih ni d gerai mak sy, Depan Jambatan 16, Kg Sim2 Sandakan, atau bleh berkunjung d Restoran Sri Mawar dan Restoran Dilika (Granview, Sandakan), restoran D'Azura (Bandar Labuk, Batu7, sebelah fedral sandakan), kitaorg ada supply kuih ni dkt restoran2 ni.. jom kongsi resepi ni..

Inti Kacang Hitam

1kg kacang merah (direbus sehingga empuk kemudian kisar)
1 1/2 kg Gula 
1 gelas minyak masak

Bahan Doh

1kg tepung pau (sy guna tepung pau cap kuda, warna pink)
2 sudu besar yis
160gm gula
2 sudu besar baking powder
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh garam
1/3 gelas minyak masak
500ml air

cara memasak inti

1. Masukkan semua bahan, kacang merah yang telah dikisar, gula dan minyak ke dalam kuali.
2. Masak dengan api sederhana. (berhati2 ketika menggaul, inti akan meletup seperti larva gunung berapi, hehehe.. takut ada plak yg kena larva inti kuih pau ni.. )
3. Bila kering angkat dan sejukkan.

cara membuat doh

1. masukkan tepung, yis, gula, baking powder, ovellete dan garam ke dalam bread maker (mesin penguli doh), jika tiada bubuh dalam besen pun xpa, ok ja :)
2. hidupkan mesin perlahan, masukkan minyak
3. masukkan air sedikit demi sedikit
4. menggunakan bread maker uli dalam 10-15 min, tapi kalau guna kudrat sendiri tu, uli sampai menjadi doh yg lembut dan halus hehehe.. (kena bersabar ya) (*** tambahkan tepung jika doh terlalu lembik atau tambahkan sikit air jika terlebih keras)
5. rehatkan doh selama 30 min, sehingga naik 2x ganda
6. Bulat2kan doh, kemudian bleh la isi inti kacang hitam yg dah d sejukkan tadi (korang agak2 la sendiri saiz pau dan inti tu ya...heheh)
7. bila korang dah nampak pau tu kembang, bleh la kukus selama 5 min.






















(ni antara bahan2 yg mak sy guna)





*** nota: 

1.didihkan dulu air dalam periuk pengukus tu sebelum masukkan pau ke dalam (kalau langgar pantang, hehehe siap la pau korang mentah)

2. pastikan penutup periuk korang dah dibalut dgn kain (untuk mengelakkan wap dari periuk tu mngalir trus ke kuih korang.. nanti kuih tu x cantik)

3. selepas 5 min mengukus kuih pau tu, jgn sesekali cuba bukak tutup periuk tu.. ni mmg pantang dia..( nanti kuih pau korang yg gebu2 tu bertukar jadi kuih pau kerepot hehehehe) mmg kena kutuk la nanti.

4. untuk mngenal pasti kuih pau tu masak ka atau x.. kuih pau yg masak tu kulitnya nampak berkilat.. kalau x da seri tu.. x masak la tue.. hehehe (cuba tekan perlahan-tapi pastikan pau tu da sejuk, kalau naik kulit pau tu selepas d tekan) Alhamdulillah confirm la da masak, kalau meninggalkan kesan selepas d tekan.. mentah la jawabnya...

Selamat mencuba.. :)

No comments: